Sertai Program Pengumpulan Emas (GAP) Public Gold

“Mulakan Langkah Pertama Simpanan Anda Bersama Emas GAP Public Gold”

Apa Itu Gold Accumulation Program (GAP)?

Akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online.

Membeli emas dengan modal yang rendah melalui akaun emas secara atas talian.

Mengumpul gram emas sedikit demi sedikit sehingga mencapai berat emas fizikal diingini.

Mengeluarkan emas fizikal yang diingini apabila gram emas terkumpul mencukupi.

Menjual atau memajak gram emas melalui aplikasi dalam talian.

Syarikat Jual Beli Emas Terbesar Di Malaysia

Trusted Globally Trusted Globally Trusted Globally Trusted Globally

0

Tahun Beroperasi

0

Cawangan

0 Juta

Ahli Berdaftar

0

Negara

WhatsApp Image 2024-12-09 at 12.53.35 AM
WhatsApp Image 2024-12-09 at 12.53.56 AM
b1a73993-3cbf-44e1-9acf-87153bad8ab3

Simpan Emas Dengan Akaun GAP Demi Masa Depan Anda !

Hanya dengan serendah RM100 sahaja anda mampu menyimpan emas dan dapatkan emas fizikal anda pada bila-bila masa.
Pendaftaran Pelanggan
WhatsApp Image 2024-12-09 at 12.54.28 AM
ab87a358-3f3c-4e33-a847-3e56ab61e06b
WhatsApp Image 2024-12-09 at 12.56.50 AM

Kenapa Memilih Program Public Gold?

Disahkan Patuh Syariah

Jual beli tanpa was-was. Transaksi jual beli telah disahkan patuh syariah oleh firma syariah terkemuka, Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Penghantaran Emas Berinsuran

Public Gold menyediakan servis pos emas berinsuran terus kepada anda melalui servis GIT (Gold-in-Transit).

Harga Lebih Rendah

Harga lebih rendah berbanding harga yang dijual di kedai-kedai emas. Ini kerana anda membeli terus dari kilang Public Gold.

Public Gold adalah syarikat jual beli emas dan perak berlandaskan syariah yang terbesar di Malaysia. Ibupejabat terletak di Menara Public Gold di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mempunyai 18 cawangan di Malaysia, dan 5 cawangan di Indonesia. Merupakan jenama emas yang paling dipercayai sejak 2008 dan diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia.

Transaksi Di Hujung Jari

Mudah. Anda boleh beli emas 100% secara online, 24 jam sehari, walaupun anda tinggal di mana sahaja seluruh dunia.

Simpan Emas Percuma

Tak perlu bimbang untuk simpan emas sendiri. Public Gold menyediakan fasiliti simpanan emas percuma melalui Akaun Emas GAP.

Jaminan Beli Balik

Public Gold jamin beli balik emas keluarannya pada harga tinggi, walaupun kondisi emas tersebut calar, kemek ataupun bengkok.

Produk Emas Public Gold

Testimoni Pelanggan

Hi, perkenalkan saya Roshayati Binti Zainal Abidin.

Saya merupakan Dealer Aktif Public Gold yang akan membantu anda dan berhasrat membimbing 3000 penyimpan emas pada tahun 2025. Jika anda inginkan pendapatan tabungan masa depan yang kalis inflasi, daftar akaun emas percuma sekarang dan saya akan menghubungi anda untuk bimbingan lanjut.

Soalan Lazim

Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% – 5% setahun.

Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walauapapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.

Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.

Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Graf sejarah harga emas sejak 1996 (lebih 25 tahun) untuk setiap satu auns (31.1 gram). Kenaikan sebanyak 700%.

Untuk jangka pendek, harga emas sentiasa ada turun naik. Tetapi dalam jangka panjang, harga emas sentiasa naik.

Ini disebabkan nilai duit kertas sentiasa menyusut dalam jangka panjang disebabkan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun.

Harga emas akan terus naik dalam jangka panjang selagi mana sistem wang kertas (wang fiat) digunakan. Selagi kerajaan terus mencetak wang (yang menyebabkan nilainya semakin menurun), selagi itulah harga emas akan terus naik.

Kalau harga barangan keperluan harian pun confirm akan naik dalam jangka panjang (disebabkan nilai duit semakin menurun), inikan pula emas, hartanah dan aset-aset fizikal yang lain.

Graf sejarah harga emas sejak 1996 (lebih 25 tahun) untuk setiap satu auns (31.1 gram). Kenaikan sebanyak 700%.

Tidak ada. Emas tidak ada dividen macam ASB atau Tabung Haji.

Kalau pelaburan emas yang offer ada dividen atau pendapatan bulanan atau tahunan, itu semua skim penipuan.

Asasnya “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas.

Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara purata naik sekitar 10% setahun.

Harga emas akan sentiasa naik dalam jangka panjang kerana nilai duit kertas sentiasa merosot dari tahun ke tahun disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit.

Selain harga emas makin lama makin mahal, duit simpanan tak lagi bocor. Bahkan jumlah simpanan bertambah dengan cepat.

Bila duit sudah ditukarkan menjadi emas, secara automatik kita hilang nafsu berbelanja – sebab “nombor” yang menggoda telahpun hilang.

Yang nampak cuma kepingan-kepingan emas yang cantik, yang membuatkan kita ketagih untuk kumpul emas lebih banyak, lagi dan lagi.

‘Ketagih’ menyimpan dan hilang nafsu berbelanja (dengan duit yang sudah ditukar jadi emas) itulah yang membuatkan penyimpan emas bertambah kaya. Selain dari harganya yang semakin mahal dari tahun ke tahun.

  • Emas boleh dijadikan ‘ubat mujarab’ untuk penyakit boros dan masalah simpanan yang sentiasa bocor.
  • Emas penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Simpan emas, kekayaan kita selamat dari inflasi dan risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang. 1 dinar masih mampu membeli seekor kambing sejak 1400 dulu hingga sekarang, sedangkan nilai duit semakin kecil dari tahun ke tahun.
  • Emas adalah aset fizikal mampu milik. Tidak seperti hartanah, kita boleh memiliki emas walaupun dengan bajet kecil, sekecil item 1 gram (bajet sekitar RM300).
  • Emas adalah aset kewangan yang tidak boleh dibekukan oleh kerajaan. Orang bankrup ataupun sesiapa namanya disenarai-hitamkan juga boleh memiliki emas. Ia aset terbaik untuk sorokkan kekayaan dan sebagai benteng terakhir kewangan keluarga kerana tidak ada siapa yang tahu berapa banyak emas yang kita miliki.

Letakkan target sekurang-kurangnya 100 gram emas untuk satu keluarga. Bila sudah capai 100 gram pertama, target seterusnya ialah memiliki 1 kilogram emas untuk satu keluarga. Mulakan tabiat simpan 1 gram 1 bulan dulu.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita.

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walauapapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.

Jadikan emas sebagai benteng terakhir kewangan keluarga. Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada, dan simpanan emas kita itu tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain (jika jatuh muflis atau nama disenarai-hitamkan).

  • Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan macam dividen ASB/ Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat keuntungan. Mana-mana pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan, itu semua scam.
  • Beli emas mesti dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas itu kita boleh simpannya sendiri, tanpa ada syarat mesti simpan dengan mana-mana syarikat untuk tempoh tertentu.
  • Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Emas tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat. Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.
  • Beli emas bermaksud simpan duit. Beli emas duit tak habis. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja pada bila-bila masa.
  • Transaksi jual beli emas terdedah kepada risiko terkait dengan aktiviti “gubahan wang haram” (AMLA) yang dipantua selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk elakkan ditipu atau terkait dengan isu AMLA, pastikan jual beli emas hanya dengan syarikat yang sudah trusted dan berkredibiliti sahaja. Bukan dari mana-mana individu yang tidak dikenali.

Isikan maklumat anda

Pendaftaran Pelanggan